Cara Melajukan Capaian Internet Anda



1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No…Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.


~...Selamat Mencuba...~

Membuat Aplikasi Supaya Tidak Berfungsi

Bagaimana kalau kita ingin supaya sebuah aplikasi yang ada di komputer tidak dapat dijalankan?, contohnya supaya orang lain, kawan atau sesiapa saja tidak dapat menjalankan aplikasi tersebut.

Ada sebuah software yang boleh menjawab persoalan ini, Applocker dari Smart-x.com. Pengguna boleh memilih apa saja aplikasi yang akan kita blok dan mana saja yang boleh dijalankan.


Untuk mendapatkan Aplikasi tersebut sila Muaturun dari websitenya Smart-x.com atau klik Butang Muaturun dibawah untuk mendapatkan File dalam bentuk .zip.


Cara menggunakannya: 


Setelah aplikasi tersebut dipasang, jalankan program Applocker,
Tandakan pada kotak jenis aplikasi yang hendak dikunci dari aktif, kemudian klik Save dan Close.



Cuba anda jalankan aplikasi yang ditanda tadi dan akan ada peringatan seperti ini :


Untuk aplikasi yang tidak terdaftar pada list, kita boleh memasukkannya secara manual.

Klik pada Configure , pada kolom Caption masukkan nama aplikasi yang dipilih dan pada ruangan Executable File Name isi dengan nama file berformat .exe seperti contoh dibawah --> Klik Add--> Klik OK.



Untuk mengaktifkan kembali aplikasi yang dikunci itu tadi ialah dengan hanya hilangkan tanda pada kotak (uncheck) jenis aplikasi yang dipilih.
~...Selamat Mencuba...~


Elak Sambut Velentine's Day

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.

Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan parti buih.’
Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama ‘Valentine’s Special.’ Di samping itu, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakejstimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. 

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), dibawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.”

Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut :

At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February.

Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.

Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Artikel Ini Dipetik Dari : http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/ELAK%20SAMBUT%20VALENTINE.pdf

Pujilah Pasangan Anda


Lumrah hidup manusia, berasa gembira bila dipuji.. dan terasa marah bila dikeji. Mungkin ada orang yang cuba menafikan bahawa dia mempunyai sifat begitu, namun itulah hakikat. Dimulut mungkin boleh menafikan, namun jauh di sudut hati pastinya berasa gembira bila dipuji.

Berapa kalikah anda pernah memuji pasangan anda? Pujilah…jika anda jarang-jarang sekali memuji pasangan anda, belajarlah untuk memuji. Cubalah puji pasangan anda walaupun sekali sehari. Hasilnya? Cuba dulu..nanti baru lah tahu hasilnya.

Tidak tahu bilakah masa yang sesuai untuk memuji? Mungkin boleh dicuba pada masa-masa begini :

1. Pasangan anda memakai pakaian baru. Pujilah kecantikkan pakaian nya dan juga tuan punya badan ye 
”wah…cantiknye sayang abang pakai baju baru. Sesuai sangat dengan sayang. Cantik sangat”

2. Bila pasangan anda mencuba alat makeup baru atau bersolek cara baru. 
”cantik berserinya isteri abang hari ni. Nampak lain lah hari ni. Guna lipstik baru ke?”

3. Bila pasangan anda baru gunting rambut atau buat rambut fesyen baru. 
”wah…hensemnya abang sayang hari ni.Kacaklah rambut baru abang ni”

4. Puji masakan pasangan anda 
”sedapnya awak masak hari ni. resepi apa awak guna? Berselera saya makan”

Bila lagi ye masa yang sesuai untuk memuji pasangan kita? 

Senang kan memuji. Pujilah pasangan anda.

Panduan Memilih Jodoh


Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteksTEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Cinta aku pada si dia


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri

JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri

“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan.

“Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua.

“Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas.
Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata.

Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi.

‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.

PERCERAIANBuat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Online bertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa. Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.

Walaupun latar tempat dan negara di mana kes perceraian tersebut dilaporkan, bukan berlaku di Malaysia, namun, oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah negara umat Islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang. Berita tersebut melaporkan :






“Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan
selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam
bulan pertama tahun ini.


Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.


Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan
kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia. ”



Keadaan ini mengingatkan saya kepada emel-emel yang menceritakan masalah rumahtangga yang sedang dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri di Malaysia hari ini. Rata-rata emel yang saya terima datangnya dari kaum hawa. Ada yang mengadu suami bertemu cinta yang baru, tidak kurang juga yang merintih bila suami yang disayangi, tiba-tiba beralih kasih.

Demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengenengahkan berita/kes perceraian terutama di kalangan artis, selebriti dan golongan kenamaan. Hampir saban hari.

Sungguhpun mereka menyatakan, mahligai rumahtangga yang mereka dirikan bermula dengan rasa cinta dan suka, bahkan banyak juga pasangan yang mengakui amat menyintai pasangan masing-masing malahan sebahagiannya sudah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini tetap roboh bila berlaku sedikit sahaja perubahan seiring usia dan peredaran masa.

Mengapa?

SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.

Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.
“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.



PERUBAHANSikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.

Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.

Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.

Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.

MANUSIA BERUBAHHakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.

Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.

Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ
Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.

Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.

JANGAN BERHENTI BERKENALAN“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.

Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.

Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.

“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.

Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.

Alhamdulillah…

Terima kasih abang kerana membantu diri ini untuk terus mengenalimu…

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH. 




 

Cinta Tidak Perlu Diungkap


Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.
Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.
Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreeniaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan

Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.
Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.
Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.
Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.
Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.
Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.
Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.
Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.
Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.
Cinta diungkap, hati gelisah.
"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.
"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.
"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.
Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.
Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.
"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.
"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu oklagi.
Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.
Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!
"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.
"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.
Penantian satu penyeksaan.
Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.
Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.
Jika YA, katakan dengan cepat.
Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.
Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.
"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.
"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.
"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.
"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.
"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.
"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.
"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"
Perasaan wanita, lelaki harus hormati.
Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.
Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal.
Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.
Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah.
Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka?  Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.
Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.
Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!
Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.
Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.
Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.
Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".
Lawan jangan layan jangan.
"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.
Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.
Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.
Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...