KECIL YANG BESAR, SEDIKIT YANG BANYAK

“Ya Allah, rasa kerdilnya diri bila mendengar kisah-kisah begini..”saya berbisik sambil menyeka air mata. Entah kenapa, hati ini bagai diasak rasa sayu dan hiba mengenang kelemahan diri.

Mendengar kisah yang sungguh mengkagumkan ini, bagai terbayang di depan mata keikhlasan dan kemurnian jiwa yang dimiliki oleh mereka, wanita-wanita biasa tetapi luar biasa pada pandangan Allah dan Rasul-NYA. Itulah yang menjadikan mereka begitu istimewa.

Sungguhpun ada di kalangan mereka bukan dari kalangan berharta, bukan juga bangsawan ternama atau jauh dari dikenali ramai sebagai golongan ilmuwan dan bijak pandai, namun bakti kecil yang dicurahkan oleh setiap seorang dari mereka untuk Islam tetap terpandang dan dijulang.


Pertama kali saya mendengar kisah ketiga-tiganya iaitu ketika menonton satu rancangan berbahasa Arab bertajuk : al Qawareer, ( Wanita di dalam Islam ) yang dikendalikan oleh Dr Muhammad Abdul Rahman al ‘Arifi. Beliau berkelulusan dari universiti Saudi dan merupakan anak didik beberapa ulama terkemuka seperti Sheikh Abdullah bin Qu'ud, Abd al-Rahman Nasir bin al Barrak dan sarjana-sarjana lain. Berasal dari suku Bani Khalidyang terkenal di Arab Saudi yang juga merupakan keturunan dari salah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Khalid bin al Walid r.a.

Beliau merupakan figur penting dalam bidang dakwah Islam dan telah menulis lebih dari dua puluh karya yang diterbitkan. Salah sebuah darinya bertajuk : Istamti’ bihayatik ( Nikmati kehidupanmu ) yang dihadiahkan oleh suami sebaik kepulangan beliau dari Bahrin tidak lama dulu.



AS SAUDA’
Wanita ini hanya dikenali sebagai as Sauda’ yang bermaksud wanita berkulit gelap ( hitam ). Telah beberapa kali kelibatnya membersihkan debu-debu tanah di masjid dilihat oleh Nabi SAW. Baginda tidak menegur, hanya memerhati kesungguhannya membersihkan kekotoran pada masjid walau tubuhnya sendiri kelihatan tidak begitu bermaya.

Beberapa ketika, kelibat wanita berkulit gelap itu tiada. Sehari dua berlalu, wajah dan tubuh yang tidak bermaya tetapi cermat membersihkan kotoran dan debu di lantai masjid nabi tidak juga kunjung tiba. Baginda tercari-cari gerangan empunya diri, tetapi hampa. Lalu, baginda bertanya kepada beberapa sahabat yang ada dan jawapan yang diterima sungguh tidak terduga. Wanita itu rupa-rupanya telah meninggal dunia!

"Mengapa kalian tidak memberitahuku?'' soal baginda agak kesal.

Sambil berpandangan kehairanan melihat Rasulullah begitu mengambil berat keadaan wanita berkulit gelap itu, para sahabat menjawab :

“ Wahai Nabi ALLAH, wanita itu mengadap Ilahi pada malam hari. Kami tidak mahu menganggu tidurmu wahai kekasih ALLAH, justeru itu jenazahnya kami uruskan sendiri.”

Mendengar penjelasan tersebut, baginda lantas meminta para sahabat menunjukkan perkuburan di mana jasad wanita berkulit gelap itu disemadikan. Di sana, baginda menadah tangan, berdoa lalu bersabda yang bermaksud :

“ Kuburan ini menyelimuti orang-orang di dalamnya dengan kegelapan, tetapi Allah menerangi mereka hasil dari doaku untuk mereka.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )


TERLALU BERALASAN
Beberapa kali saya mengangguk-anggukkan kepala mendengar kisah wanita berkulit gelap ini. Menyetujui kebenaran dari cerita yang disampaikan. Walaupun riwayat tidak mencatatkan nama pemilik jasad mulia ini, namun baktinya membersihkan masjid, disebut-sebut di dalam sabda baginda dan menjadi teladan hingga ke hari ini.

Tiada pengajaran lain yang lebih bermakna dari kisah ringkasnya, selain contoh tauladan yang ditunjukkan bahawa setiap seorang yang menggelarkan dirinya sebagai umat Muhammad SAW harus berusaha sekadar kemampuan yang ada untuk menyumbang sesuatu buat agama tercinta.

Saya menginsafi, betapa selama ini saya, kita dan mungkin ramai lagi umat Islam di luar sana yang terlalu beralasan. Tidak memiliki wang dan harta yang lebih untuk menyumbang, jawatan penting tidak disandang, idea dan ilmu juga masih kurang dan pelbagai alasan lain yang menyebabkan kita merasa semakin jauh dari kelayakan untuk berbuat sesuatu untuk Islam.

Lantas, kita hanya duduk memerhati. Melihat dari jauh dengan hati yang sebal dan sesal…

“Mengapa orang-orang yang dikurniakan harta, punya nama dan banyak idea tidak melakukan sesuatu untuk meninggikan Islam dan umatnya? “ hati kecil kita bertanya sambil menjustifikasikan kelemahan diri sendiri yang ‘kononnya’ tidak memiliki apa-apa.

“Alangkah baiknya, jika aku memiliki wang, pangkat dan ilmu agar dengannya aku dapat berjasa dan melakukan sesuatu..” keluhan di dada berlanjutan dengan angan-angan yang entah bila menjadi kenyataan. Terlalu banyak beralasan !

Sedangkan….



LUMPUH TUBUH TAPI BUKAN JIWANYA
Dia seorang wanita yang lumpuh sebahagian tubuhnya setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya. Sebelumnya, dia adalah seorang pendakwah yang selalu mengajak orang lain melakukan kebaikan dan amalan-amalan lain yang mulia.

Kemalangan yang menimpa telah meragut sebahagian besar aktiviti biasanya sebagai seorang pendakwah. Jika dahulu dia mampu berjalan dan bergerak sendiri untuk memenuhi jemputan, tapi kini, pergerakannya terbatas dengan berkerusi roda dan memerlukan bantuan orang lain pula untuk membawanya ke sana sini.
Namun begitu, dia merupakan seorang muslimah dan pendakwah yang hanya lumpuh tubuh badannya, tetapi bukan jiwanya. Semangatnya untuk berdakwah dan melihat kebaikan Islam melatari dunia tidak pernah padam, sentiasa membara. Walaupun menyedari dirinya tidak lagi seperti dulu, akan tetapi semua itu tidak pernah menjadi alasan untuk dia mengundur diri.

Dengan keupayaan yang masih bersisa, pendakwah wanita yang lumpuh itu meneruskan beberapa usaha amal untuk mempromosi kebaikan ajaran Islam. Bermula dengan mengumpulkan dana berupa sedekah dan derma dari individu yang datang menziarahinya, seterusnya, beliau mengagihkan dana tersebut kepada golongan fakir miskin dan memerlukan.

Tidak cukup sekadar itu, beliau juga berhubung dengan badan-badan kebajikan dan mengagihkan pula baki wang yang ada. Selanjutnya, beliau mengumpulkan pakaian-pakaian yang masih elok tetapi tidak lagi dipakai oleh saudara mara dan jiran tetangga untuk didermakan kepada orang-orang yang susah dan tidak berkemampuan.

Dengan tenaga dari kedua-dua tangannya yang masih boleh digerakkan, beliau sendiri membuka setiap bungkusan dan mengkelaskan setiap helaian baju yang ada di depan matanya, sama ada untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, sehinggakan ada kalanya, jika ada baju yang perlu digosok, beliau sendiri akan menggosok setiap helaian pakaian tersebut sehingga rapi dan kemas.

Paling mengujakan, beliau mempunyai maklumat lengkap tentang keluarga-keluarga miskin yang memerlukan bantuannya itu. Bukan setakat bilangan ahli, malahan umur setiap seorang dan keperluan masing-masing turut diketahuinya. MasyaALLAH !



SYAIR PUJANGGA
“Hebat sungguh hamba-MU ini Ya, ALLAH!,” nurani saya berseru, mengagumi usaha yang dilakukan oleh pendakwah wanita itu. Dia lumpuh, tetapi kerja-kerja amal yang dilakukannya melebihi wanita yang sihat dan sejahtera tubuh badan mereka.

Kerana itu, ketika bercerita kehebatan pendakwah wanita yang lumpuh ini, Dr Muhammad Abdul Rahman al-‘Arifi menukilkan serangkap syair pujangga Arab yang bermaksud :

“Orang-orang yang memiliki semangat yang hebat, menyebabkan letih pada tubuh dan jasad.”

Usaha dan ikhtiarnya untuk Islam tidak terhenti setakat derma dan sedekah semata-mata, tetapi beliau juga menjadi orang tengah yang menasihati dan mendamaikan perhubungan dua pihak yang berselisih faham. Sebagaimana saranan Rasul junjungan kepada para sahabatnya yang bermaksud :

“Mahukah kalian aku tunjukkan satu amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan berpuasa?” Baginda bertanya. ”Tentu saja, wahai utusan ALLAH” jawab para sahabat. Lantas baginda menjelaskan :

“Engkau damaikan orang yang bertengkar, menyambung persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, dan ‘membina jambatan’ ( berhubung ) dengan berbagai kelompok dalam Islam serta mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah dia menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahmi).” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )



KEIKHLASAN
Saya menyeka buat kesekian kalinya airmata yang bercucuran membasahi pipi. Semakin terasa betapa lemahnya saya selama ini untuk menggunakan potensi diri yang ada untuk menyumbang semampunya buat agama tercinta.



Namun, saya pasti, ALLAH SWT yang Maha Adil bukan menilai sesuatu amalan berdasarkan jumlah atau kuantiti, sebaliknya piawaian yang sebenar adalah dari kualiti hati dan jiwa pelakunya. Banyak atau sebesar mana pun amalan tersebut, semuanya akan berpenghujung sia-sia jika tidak diringi keikhlasan semata-mata kerana-NYA.

Firman ALLAH SWT :

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Maksudnya : “Barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan TUHANnya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada TUHANnya.” (Surah al-Kahfi ayat 110 )

Justeru itu, cerita wanita ketiga di bawah ini juga cukup menyentak mana-mana jiwa kehambaan, yang tidak mengharapkan balasan dan pujian makhluk, tetapi hanya mengharapkan pandangan ALLAH dan penilaian-NYA yang Maha Adil dan saksama.





Begini kisahnya….

Suatu ketika, tersebut kisah seorang raja yang berkuasa dan kaya raya mahu membina sebuah masjid. Semenjak awal pembinaan lagi, Raja tersebut telah menaikkan sebuah papan tanda yang berukir namanya supaya orang ramai mengetahui bahawa beliaulah individu yang bertanggungjawab terhadap pembinaan masjid tersebut.

Sang Raja menolak sebarang sumbangan lain. Beliau mahu, hanya wang dan hartanya sahaja digunakan untuk membangunkan masjid indah itu.

Satu malam, sang Raja bermimpi. Di dalam mimpinya, beliau melihat Malaikat turun lalu memadam ukiran namanya dan digantikan dengan nama seorang perempuan yang tidak dikenali. Mimpinya itu begitu aneh dan menggusarkan hati.

Sebaik terjaga dari lena, sang Raja bergegas ke luar istana untuk melihat papantanda masjid yang dibina.
“Ah…masih ada nama beta di atasnya,” bisik sang Raja lega.

Namun, malam berikutnya, mimpi yang sama sekali lagi mengganggu tidurnya. Dan begitu juga pada malam selanjutnya. Bermakna, telah tiga kali sang Raja bermimpi perkara yang sama, iaitu namanya dipadam dan digantikan dengan nama seorang perempuan.



HANYA ITU YANG KULAKUKAN
Keesokan pagi, sang Raja nekad untuk mencari pemilik nama yang tidak dikenali. Beliau bertanya setiap penghuni istana, namun jawapan yang diterima tetap serupa. Tiada seorang pun pernah berjumpa atau mengenali perempuan yang dicarinya.

Lantas, beliau mengarahkan pencarian di tengah kota. Para hulubalang menjunjung perintah sang Raja. Pencarian mereka akhirnya menemukan hasil. Seorang wanita tua dan miskin merupakan pemilik kepada nama yang dicari-cari baginda Raja.

Sang Raja memerintahkan wanita itu mengadapnya di istana.

“Wahai perempuan tua, adakah engkau ada menyumbang sesuatu untuk pembinaan masjid ini?” Tanpa berlengah beliau bertanya. Mimpi aneh yang dialami turut diberitakan kepada si perempuan tua.
Wanita itu menggeleng kepala.

“Adakah engkau pernah memberi wang kepada pekerja pembinaan?” soal sang Raja. Sekali lagi wanita tua itu menyanggah. Manakan dapat dia membayar upah, sedangkan dia bukan dari keluarga kaya dan hidup mewah. Sang Raja terdiam. Namun, resah di jiwanya masih belum padam.

“Cuba ingat baik-baik. Mungkin ada sesuatu yang telah engkau lakukan,” tegas sang Raja lagi. Wanita tua menekur kepala ke lantai. Ingatannya laju mengimbas hari-hari lepas.

“Oh! Ya!...” kata si perempuan tua tiba-tiba. Bagai terpancar sinar gembira pada redup mata tuanya.

“Baru aku teringat. Suatu hari, aku melintasi kawasan pembinaan masjid ini dan melihat seekor kuda yang digunakan untuk mengangkut batu bata ke tapak pembinaan begitu letih dan kehausan. Kelihatannya, para pekerja tidak menyedari perkara ini. Lalu, aku membawa sebaldi air dan aku beri kuda tadi minum sepuasnya. Hanya itu yang kulakukan,” jelas perempuan tua mengakhiri ceritanya.

Mendengar pengakuan wanita tua itu, sang Raja tertunduk malu.

“Baru beta mengerti. Wahai perempuan tua yang mulia, engkau telah memberi minum kuda itu kerana ALLAH SWT, kerana itu DIA memadam nama beta dan digantikan dengan namamu. Sedang beta….membina masjid ini hanya untuk kemasyuran dan menunjuk-nunjukkan kemegahan,” bicara sang Raja menginsafi kekhilafan.



KECIL YANG BESAR, SEDIKIT YANG BANYAK
“Alhamdulillah,” saya memanjatkan kesyukuran. Ketiga-tiga kisah wanita mulia di atas cukup menghadirkan inspirasi dan menyuntik motivasi diri.

Terlalu banyak nikmat TUHAN yang dianugerahkan sepanjang kehidupan kita di dunia. ini Dari sinar dan cahaya matahari yang tidak perlu dibeli, udara untuk bernafas yang percuma, bumi yang dipijak, tidak dipungut sebarang bayaran, belum lagi nikmat-nikmat lain yang tidak terhitungkan. Mata, telinga, hidung, hati, makanan, minuman, anak, kejayaan, kekayaan, kesihatan, kelapangan; semua itu adalah pemberian dari-NYA.

Alangkah tidak wajar, andai setelah diberi nikmat yang pelbagai itu, kita kemudiannya tidak mahu atau menjauh dari ‘perintah’ Pemberi nikmat itu. Meskipun ALLAH SWT tidak memerlukan apa-apa balasan dari kita, tetapi selayaknya kita meninjau dan meneliti, dimana rasa syukur dan rasa terima kasih sebagai seorang hamba, jika sekadar untuk melakukan hal yang kecil atas nama Islam sekalipun kita terlalu berkira-kira.

Insafilah, setiap dari kita sebenarnya mampu untuk memberikan sesuatu sebagai tanda sokongan dan dokongan kepada Islam.

Yakinlah, walau sekecil manapun yang dilakukan, andai jiwa ikhlas dan tuntas hanya kerana-NYA semata, maka ganjaran yang besar akan menanti di sana.

Kecil yang besar, sedikit yang banyak…InsyaALLAH.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH. 

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

  1. Kurangkan makan bawang besar
  2. Kurangkan makan berempah
  3. Kurangkan makan ketumbar kering
  4. Kurangkan menonton hiburan
  5. Kurangkan membaca majalah hiburan
  6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  9. Jangan makan kepala ikan
  10. Jangan minum air yang ada semut
  11. Jangan tidur selepas subuh
  12. Jangan tidur selepas asar
  13. Jangan tidur selepas makan
  14. Jangan makan terlalu kenyang 
  15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  19. Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

  1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  2. Selalu makan makanan yang panas2
  3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  4. Selalu minum air masak
  5. Selalu makan ulam2
  6. Selalu mengamalkan pandangan hijau
  7. Selalu bersenam
  8. Selau menggunakan imajenasi otak
  9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  11. Jangan ego
  12. Jangan dengki pada orang lain
  13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  14. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  15. Jangan makan makanan yang ada pewarna
  16. Jangan makan makanan yang ada pengawet
  17. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  18. Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  •   Nanti     kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
  • ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
  • Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !! 


Wasalam~


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)

Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..

4 Petanda Bagaimana Kenal Pasti Pemikiran Negatif Dalam Diri Seseorang

1. Lihat pada kata-katanya.
Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.

2. Lihat pada perbuataannya.
Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.

3.Lihat pada hidupnya.
Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.

4. Bila di tegur, dia melenting pula.
Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.
Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.

Dipetik dari iMotivasi

Tak Mampu Kehilangan Cinta


Ketika  kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.
Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.
Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.
Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.
Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual  dengan mesranya.
Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.
Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.
Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.
Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.
Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.
Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.
Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.
Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.
Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.
Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.
Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.
Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.
Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.
Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.
Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk  membina sebuah keluarga yang bahagia?
Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.
Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.
Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.
Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.
Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.
Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.
Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.
Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.
Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.
Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?
Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?
Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.
Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.
Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...
Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.
Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.
Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan. 

Bahagia Sebuah Keluarga


Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...